Ciri-ciri stesen Stesen_Kajang

Lokasi

Stesen Sungai Buloh terletak kira-kira 1km selatan dari pekan Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Jalan Bukit manakala di sebelah barat stesen adalah Jalan Reko. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Sri Reko, Taman Hijau, Taman Bukit, Taman Kajang Jaya, Taman Mahkota, Taman Jelita, SMK Jalan Bukit, Kuil Sri Subramaniya Swami dan Masjid India Kajang.

Susunan stesen

L2
Platform
SBK Arah Selatan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Utara9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Stadium Kajang)
L1Aras Legar Umum Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT dan laluan pejalan kaki ke tempat letak kereta
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
KTM Arah Selatan1 Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Kajang 2)
→  ETS  ETS Gold menghala ke Gemas (Seremban)
Landasan pintasan
KTM Arah Utara1 Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Serdang)
←  ETS  ETS Gold menghala ke Padang Besar atau Butterworth (Bandar Tasik Selatan)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini
Landasan tidak digunakan
GAras TanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform MRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang; satu platform tengah dan satu platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal.[4]

Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 450, T451, T461, T462, T463 dan T464 berkhidmat di stesen ini.